Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan )

1 cawan serbuk koko

1 cawan gula pasir

1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan

1/2 cawan susu pekat manis

1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek

1 sudu baking powder

1 sudu soda bikarbonat

4 biji telur

1 sudu esen vanilla

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus

•Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.

•Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.

•Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.

•Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

•Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.

•Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.

•Kukus kek selama 1 jam.

Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus

1 cawan susu pekat manis

1 sudu makan serbuk koko

2 sudu mentega

•Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.

ATAU

500 gram coklat masakan

220 ml susu cair

( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )

Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat )
1 cawan Serbuk Koko*
1 tin Susu Isian Cair*
1 cawan Minyak Masak Sayuran*
1 cawan Susu Pekat*
4 biji Telur – pukul sehingga berbuih.
1 caw gula kastor*
11/4 cawan tepung Gandum
1 st Bic Soda
1st Baking Powder

Resipi chocolate ganache
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan serbuk koko
sedikit butter
sedikit susu segar/cair secukupnya
kacau semua bahan secara double boil @ atas api kecil hingga pekat berkilat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s