Bahan-bahan :

Biskut Marie (350g) dipatah 2 atau 3- Saya biasa guna biskut marie original

Susu pekat manis (setengah cawan)

Telur (3 biji)

Butter (375g)

Coklat masakan (400g)

Milo (15 sudu penuh)

Cara-cara Membuatnya :

1.Campur kesemua bahan diatas di dalam sebuah kuali (kecuali biskut marie). Hidupkan api dan kacau sehingga semua bahan cair dan bercampur dengan sebati.Api jangan terlalu besar.

2.Apabila campuran sudah sebati, rasa sedikit. Jika suka rasa yang lebih manis, waktu ini tambah lagi susu pekat manis. Jangan berhenti kacau, jika tidak nanti ia berkerak – nanti tak sedap! Terus kacau sehingga mendidih.

3.Bila telah mendidih, tutup api. Waktu ini adunan akan jadi nampak berminyak (disebabkan butter). Masukkan kesemua biskut marie yang telah dipatahkan dan gaul sehingga sekata. Kuali besar mungkin memudahkan kerja mengaul ni.

4.Masukkan adunan tadi kedalam sebuah bekas yang beralas plastik sedikit demi sedikit. Tekan perlahan-lahan dengan tangan supaya mampat. Ulang proses ini untuk beberapa kali sehingga habis adunan dalam kuali. Biarkan sejuk seketika sebelum masuk kedalam peti ais.

5.Bila sudah keras, keluarkan kek batik dari bekas bersama plastik. Kalau kek batik tak keras, nanti lembik dan sukar untuk dipotong. Bukak bahagian tepi plastik dan sedia untuk dipotong..yummy!

Langkah Demi Langkah Buat Kek Batik Yang Mudah dan Sedap

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s